Jul 10, 2014

Ramadhan & Anak Yatim

Ramadhan & Anak Yatim
Menjelang puasa, satu kumpulan yang paling sibuk mendapat jemputan ialah anak-anak yatim dan miskin. Boleh dikatakan kebanyakan rumah anak yatim dan miskin dah “fully booked” dengan pelbagai jemputan. Dari kementerian, orang bisnes, orang kenamaan, orang politik dan NGO’s. Mereka sangat diraikan, dibelai sungguh-sungguh pada bulan ini. Hadiah, baju raya, dibawa membeli belah dan diberi duit raya yang lumayan.
Alhamdulillah, masyrakat kita semakin peka, satu amalan dan adat yang baik serta wajar diteruskan. Malah Islam amat menggalakkan kita meraikan dan melayan mereka dengan baik.
Tetapi, amatlah diharapkan agar kepada sesiapa yang menjemput mereka. Mohon agar menjaga adab dan sempadan agama. Ada dikalangan mereka hafiz dan hafizah dan kamu pula sewenang-wenang berfesyen raya yang tidak menutup aurat, nyanyian sempena majlis berbuka yang melalaikan, malah kamu tanpa segan silu menghulurkan salam tanpa mengira lelaki dan perempuan.
Ingat, agama bukan bahan pameran & bukan untuk dipergunakan.

Nov 23, 2013

Krabi By Train